Program - Kasih Madani
Analisis & Laporan

Dapatan Kajian & Impak Awal Kasih Madani

Kasih Madani bukan sekadar menyediakan latihan, malah turut turun ke lapangan bagi memahami keadaan sebenar pengasuh di rumah. Melalui lawatan dan proses verifikasi, kami mengenal pasti latar belakang, cabaran serta bagaimana ilmu diaplikasikan dalam rutin harian mereka.

Pencapaian Pelaksanaan

1,009
Peserta KARISMA & SEMAI

Terlibat dalam 20 siri kursus KARISMA dan 3 edisi SEMAI yang dilaksanakan di 4 negeri.

762
Lawatan Verifikasi

Berjaya dilawati bagi memahami status pengasuhan dan keperluan tempat pengasuhan.

81%
Masih Aktif Mengasuh

Seramai 613 daripada 762 responden yang dilawati masih menjalankan aktiviti pengasuhan.

199
Peserta ke BITARA

Berpotensi dipilih mengikuti latihan lanjutan dan bimbingan mentor profesionalisasi.

Siapakah Pengasuh yang Ditemui?

Golongan Dewasa yang Berpengalaman

74%
Berusia 31 hingga 50 tahun

Digerakkan oleh golongan dewasa yang mempunyai pengalaman kehidupan, kekeluargaan dan pengurusan kanak-kanak.

68%
Berpengalaman 1 - 10 tahun

Kumpulan pengasuh yang telah lama menyumbang kepada komuniti namun masih memerlukan latihan tersusun.

Pengasuhan Berakar dalam Komuniti

73%
Beroperasi di kediaman biasa

Menjalankan pengasuhan di rumah teres satu tingkat, flat, rumah kedai atau apartmen kos sederhana di kawasan kejiranan.

Motivasi & Amalan Ilmu

Didorong oleh Minat & Keperluan Keluarga

Minat terhadap kanak-kanak46%
46%

Sebab utama responden memilih kerjaya ini.

Menambah pendapatan keluarga26%
26%

Sumber pendapatan untuk kestabilan ekonomi isi rumah.

Ilmu yang Diterjemahkan kepada Amalan

38%
Amalan 3K
Keselamatan, kebersihan & kesihatan kerap diamalkan.
24%
Belajar Melalui Bermain
Bermain sebagai proses perkembangan kanak-kanak.
15%
Komunikasi Ibu Bapa
Kaedah membina hubungan baik yang berkesan.

Daripada Latihan kepada Profesionalisasi

Lawatan dan verifikasi menjadi sebahagian daripada proses mengenal pasti peserta. Daripada 762 peserta yang dilawati, 199 peserta dipilih untuk mengikuti program BITARA selama 4 bulan yang merangkumi:

📚
Kursus Lanjutan

Dilaksanakan secara bersemuka selama 3 Hari 2 Malam.

💻
Webinar BITARA+

Pembelajaran maya yang interaktif sebanyak lapan episod khusus.

🤝
Mentor-Mentee

Bimbingan terus bersama mentor dan pakar bidang pengasuhan.

Memperkasa Pengasuh, Mengukuhkan Ekosistem Penjagaan

Pengasuh di rumah merupakan sebahagian penting sistem sokongan keluarga. Mereka bukan sahaja membantu ibu bapa yang bekerja, malah menyediakan ruang perkembangan awal kanak-kanak. Dengan laluan profesionalisasi yang berterusan, pengasuh di rumah berpotensi memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, selamat dan diyakini masyarakat.

Acara Kemuncak Tahunan

Himpunan Pengasuh Kasih MADANI

Himpunan Pengasuh merupakan program kemuncak berskala besar yang merangkumkan perjalanan inisiatif ini. Ia melibatkan penganugerahan sijil, menghargai pencapaian pengasuh, serta mengukuhkan lagi jaringan ekosistem yang melibatkan komuniti, agensi dan wakil industri dari seluruh negara.

Maklumat Penyertaan

Semua program di bawah Kasih MADANI disediakan secara percuma sepenuhnya berkat sokongan rakan strategik kami. Peserta yang memenuhi syarat kehadiran dan penyertaan juga akan menerima sijil rasmi mengikut program yang disertai.

error: