Program Komuniti - Kasih MADANI
Kenali & Bina Komuniti Bersama

Program Komuniti

Anda tidak berseorangan. Sertai keluarga besar kami untuk berkongsi pengalaman, membina jaringan sokongan, dan membesar bersama komuniti pengasuh setempat demi persekitaran yang lebih prihatin.

Program 2: Program Komuniti
Program 2

Program Komuniti

Membina Ekosistem Pengasuhan yang Lebih Prihatin

Program Komuniti merupakan platform terbuka yang menghimpunkan pengasuh, ibu bapa, keluarga, pemimpin komuniti, agensi dan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengasuhan serta pendidikan awal kanak-kanak.

Pelbagai pengisian berbentuk perkongsian ilmu, aktiviti keluarga, advokasi, kesedaran keselamatan dan sokongan keibubapaan akan dilaksanakan mengikut keperluan komuniti setempat. Pendekatan yang santai dan mesra komuniti membolehkan peserta bertukar pandangan, mendapatkan maklumat serta membina rangkaian sokongan yang lebih kukuh.

Program ini terbuka kepada semua pihak dan tidak terhad kepada peserta KARISMA atau SEMAI sahaja. Kasih MADANI menyasarkan pelaksanaan program komuniti berimpak tinggi di kawasan-kawasan terpilih dengan penglibatan pengasuh, ibu bapa, pemimpin masyarakat serta agensi berkaitan.

Program Komuniti
TERBUKA KEPADA SEMUA
Libat Urus Sosial
Galeri Program 2 - Kasih MADANI
Aktiviti & Kenangan

Lensa Komuniti

Rangkuman aktiviti libat urus, perkongsian ilmu, dan sokongan ekosistem pengasuhan setempat yang melibatkan pengasuh dan ibu bapa.

Aktiviti
Aktiviti
Aktiviti
Aktiviti
Aktiviti
Aktiviti
error: