Icon

Mula Perjalanan Anda

Ketahui lokasi program, syarat penyertaan dan aktiviti Kasih Madani berhampiran anda.

1,000+

Pengasuh Disasarkan untuk Diperkasa

Mengenai Kami

Membina Ekosistem Penjagaan Yang Lebih Selamat

Kasih Madani diwujudkan untuk mengenal pasti, melatih dan memperkasa pengasuh di rumah melalui latihan berstruktur, lawatan sokongan, bimbingan profesional dan jaringan komuniti.

Objektif utama kami adalah untuk meningkatkan standard penjagaan kanak-kanak tidak formal, menjadikan setiap rumah asuhan satu persekitaran yang merangsang perkembangan positif anak-anak bangsa.

0

Negeri Terlibat

0

Kawasan Tumpuan

0+

Pengasuh Disasarkan

0+

Program Komuniti

Apabila Pengasuh Diperkasa, Keluarga Lebih Yakin

Impak program ini melangkaui individu. Ia membina rantaian kesejahteraan yang menghubungkan pengasuh, ibu bapa dan masyarakat setempat.

Pengasuh

Dibekalkan dengan ilmu, kemahiran praktikal dan keyakinan untuk menguruskan kanak-kanak secara profesional.

Keluarga

Mendapat ketenangan minda dengan kualiti penjagaan yang lebih selamat, bersih dan dipercayai untuk anak-anak.

Komuniti

Membentuk ekosistem sokongan setempat yang proaktif dan saling membantu dalam isu penjagaan awal kanak-kanak.

Aliran Program

Perjalanan Pemerkasaan Kasih Madani

01

Pencarian Pengasuh

Mengenal pasti dan mendekati pengasuh di rumah secara tidak formal untuk menyertai rangkaian komuniti ini.

Ketahui Lanjut
02

Kursus Asas Pengasuhan

Latihan asas teori dan praktikal merangkumi keselamatan, kesihatan (CPR), dan pemakanan kanak-kanak.

Ketahui Lanjut
03

Lawatan & Verifikasi

Penilaian fizikal dari rumah ke rumah bagi memastikan pematuhan standard keselamatan minimum dipatuhi.

Ketahui Lanjut
04

Kursus Profesionalisasi

Kursus lanjutan untuk 200 pengasuh terpilih daripada alumni Kursus Asas Pengasuhan yang bertujuan meningkatkan kompetensi serta memperkasa pembangunan kerjaya dalam bidang asuhan.

Ketahui Lanjut
05

Program Komuniti

Satu ruang untuk masyarakat mengenali ekosistem pengasuhan dan pendidikan awal kanak kanak secara lebih berkesan.

Ketahui Lanjut
06

Himpunan Pengasuh

Acara kemuncak untuk menghargai pengasuh, meraikan kejayaan peserta dan membina jaringan kerjaya persaudaraan.

Ketahui Lanjut

Bergerak Bersama Komuniti Di Empat Negeri

Kasih Madani memfokuskan pelaksanaan di kawasan-kawasan strategik bagi memberi impak maksimum kepada komuniti B40 dan M40 yang memerlukan perkhidmatan penjagaan yang berkualiti.

KL Kuala Lumpur
Setiawangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai
Perak Perak
Tanjung Malim, Tambun
Kedah Kedah
Sungai Petani, Alor Setar
Pulau Pinang Pulau Pinang
Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Nibong Tebal
Kuala Lumpur – Jumlah Peserta 497 orang Setiawangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai
Perak – Jumlah Peserta 98 orang Tanjung Malim, Tambun
Kedah – Jumlah Peserta 142 orang Sungai Petani, Alor Setar
Pulau Pinang – Jumlah Peserta 262 orang Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Nibong Tebal

Lebih Daripada Latihan, Ini Ruang Untuk Berkembang

"Me Time" yang bermakna.

Bagi ramai ibu dan wanita, program ini bukan sekadar kelas di bilik kuliah. Ia juga menjadi ruang untuk bertemu rakan senasib, berkongsi pengalaman suka duka, membina keyakinan diri dan merasakan bahawa mereka tidak keseorangan dalam perjuangan mendidik anak bangsa.

Lihat Galeri Peserta
Peserta bergambar
Sesi Kumpulan
Aktiviti Stokin
Testimoni Peserta Kasih Madani
Maklum Balas Komuniti

Testimoni Peserta Kasih Madani

"Sebelum menghadiri kursus, saya kurang memahami teknik mendidik dan sering keliru dalam menangani tingkah laku anak asuhan. Tapi selepas menghadiri kursus ini, saya memperolehi ilmu, kemahiran komunikasi yang baik serta keyakinan untuk membimbing anak asuhan dengan lebih sabar, positif dan terancang demi perkembangan mereka."

Nurian Nazrim

Nurian Nazrim Binti Asanudin

Peserta KARISMA Siri 9 & BITARA Kohort 2

"Alhamdulillah, setelah mengikuti Kursus Pengasuhan dibawah Program Kasih Madani, saya telah berjaya meningkatkan produktiviti dan kreativiti dalam bidang pengasuhan disamping saya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan yg bermanfaat untuk dipraktikkan. Terima kasih Merdeka Centre dgn kerjasama Yayasan Sime Darby dan Kementerian Kewangan Malaysia atas peluang yg diberikan kepada saya."

Norsuzila

Norsuzila Binti Ahmad

Peserta KARISMA Siri 19 & BITARA Kohort 2

"Kursus Pengasuhan yang dianjurkan oleh Kasih MADANI telah memberikan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman yang komprehensif berkaitan amalan pengasuhan berkualiti."

"Melalui penyertaan dalam kursus ini telah memberi manfaat yang besar terhadap pembangunan diri saya, khususnya dalam meningkatkan keyakinan, keberanian dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan."

"Secara keseluruhannya, kursus ini telah memberi impak yang positif dalam memperkasa peranan saya sebagai pengasuh yang komited terhadap kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan holistik kanak-kanak, selaras dengan aspirasi pengasuhan berkualiti yang diterapkan oleh Kasih Madani."

Nur Rozaini

Nur Rozaini Binti Zakaria

Peserta KARISMA Siri 17 & Peserta BITARA Kohort 2

"Saya amat bersyukur kerana berpeluang menyertai Program Kasih Madani yang banyak memberi ilmu, inspirasi dan motivasi dalam pembangunan diri. Melalui program ini, saya memperoleh pengetahuan baharu, memperluaskan jaringan hubungan serta meningkatkan keyakinan diri untuk terus menyumbang kepada masyarakat. Program yang dijalankan sangat bermanfaat, tersusun dan memberi impak positif kepada peserta. Terima kasih kepada pihak Kasih Madani atas peluang dan pengalaman yang sangat bermakna ini."

Siti Nur Asyikiin

Siti Nur Asyikiin Binti Abdul Razak

Karisma Siri 19 & Peserta Bitara Kohort 2

"Saya amat bersyukur kerana berpeluang menyertai Projek Kasih Madani yang banyak memberi manfaat dan pengalaman berharga. Program ini membantu saya menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan keyakinan diri serta mengeratkan hubungan dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan sangat bermanfaat dan memberi inspirasi untuk terus maju dalam kehidupan. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan memberi peluang kepada kami untuk turut serta."

Maishelatulnatasa

Maishelatulnatasa Binti Sahril

Karisma Siri 1 & Peserta Bitara Kohort 3

"Saya berasa amat bersyukur menyertai program ini. Kerana saya dapat banyak ilmu daripada trainer-trainer yang hebat. Saya juga berjaya belajar cara yang betul untuk menjadi pengasuh yang hebat."

"Saya telah ada buku log harian kanak2. Kehadiran kanak2. Rekod latar belakang kanak2. Sebelum saya join kursus ni saya memang tidak sediakan itu semua. Semenjak saya balik drp kursus kasih madani ni saya nampak perubahan pada diri saya menjadi pengasuh yang profesional yang ada semua document pengasuhan."

"Saya amat berasa amat bersyukur atas apa yang saya pelajari daripada saya zero tentang ilmu pengasuhan tapi apabila balik drp kursus ni saya pelajari bagaimana cara pengasuhan yang sebenar. Terima kasih 'kasih madani' kerana mengadakan program ini semua pengasuh."

Nur Shafika

Nur Shafika Binti Shari

Karisma Siri 4 & Bitara Kohort 3

"Program Kasih Madani telah memberi banyak manfaat dan pengalaman baharu kepada saya. Melalui program ini, saya memperoleh ilmu yang berguna, meningkatkan keyakinan diri serta dapat memperluaskan jaringan kenalan. Pengisian program yang disediakan sangat menarik dan memberi inspirasi untuk saya terus maju. Terima kasih kepada pihak Kasih Madani atas peluang dan pengalaman yang sangat bermakna ini."

"Saya amat gembira dapat menyertai Program Kasih Madani. Program ini bukan sahaja menambah ilmu dan kemahiran, malah memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Saya juga berpeluang bertemu ramai peserta yang hebat dan berkongsi pengalaman bersama. Terima kasih kepada pihak penganjur atas program yang sangat bermanfaat ini."

Nor Sakinah

Nor Sakinah Bt Mohd Sorib

Karisma Siri 9 & Bitara Kohort 1

Tonton Pengalaman Mereka

Testimoni Video

Perkongsian Inspirasi Peserta KARISMA Siri 5

Menyelami pengalaman suka duka dalam mendidik anak asuhan dengan pendekatan MADANI.

Impak Kursus BITARA Kepada Pengasuh

Bagaimana modul bimbingan terancang mengubah cara pengurusan harian taska.

Perjalanan Berilmu Menjadi Pengasuh Bertauliah

Temubual eksklusif bersama alumni cemerlang program Kasih MADANI.

Sesi Praktikal Modul Keselamatan Kanak-Kanak

Aksi latihan secara langsung yang dilalui oleh peserta semasa kursus dijalankan.

Apa Yang Akan Dipelajari?

Modul Asas KARISMA direka khusus oleh pakar untuk memastikan pengasuh dilengkapi dengan pengetahuan praktikal dan komprehensif.

Pengenalan Penjagaan, Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Isu dan Cabaran Pengasuhan Di Malaysia

Komunikasi Berkesan Bersama Ibu Bapa

Belajar Melalui Bermain

Amalan 3K - Keselamatan, Kebersihan & Kesihatan

Pengurusan Kewangan Bagi Pengasuh Di Rumah

Soalan Lazim (FAQ)

Jawapan pantas untuk soalan yang sering ditanya mengenai program Kasih MADANI.

Apakah itu Kasih Madani?

Kasih Madani merupakan sebuah inisiatif daripada Kementerian Kewangan menerusi Yayasan Sime Darby yang bertujuan untuk memperkasa golongan pengasuh di rumah menerusi latihan, bimbingan dan pembangunan profesional bagi meningkatkan kualiti pengasuhan awal kanak-kanak di Malaysia.

Berapa lamakah tempoh program Kasih Madani ini akan berlangsung?

Program Kasih Madani ini bermula pada Oktober 2025 dan dijangka akan selesai pada September 2026. Walau bagaimanapun, makluman tentang pelaksanaan program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang dan media sosial Kasih Madani.

Siapakah yang layak menyertai program Kasih Madani?

Program ini menyasarkan individu yang merupakan pengasuh di rumah yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengasuhan awal kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat syarat penyertaan yang ditetapkan yang perlu dipenuhi.

Dimanakah negeri sasaran program Kasih Madani?

Program Kasih Madani ini dijalankan di 4 negeri terpilih iaitu di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Adakah penyertaan ke program ini akan dikenakan sebarang bayaran?

Semua program di bawah Kasih Madani adalah percuma serta tiada bayaran yang dikenakan.

Apakah program yang ditawarkan di bawah Kasih Madani?

Kasih Madani menawarkan beberapa program seperti:

  1. Kursus peringkat asas - Kursus Rintis Asuhan Madani (KARISMA) dan Seminar Asuhan Madani (SEMAI).
  2. Program komuniti - Menyasarkan golongan komuniti dan boleh dihadiri oleh semua pihak.
  3. Program Profesionalisasi - Inisiatif Profesionalisasi Kasih Madani (INSPIRASI) yang terbahagi kepada:
    • BITARA (Bimbingan Keterampilan Profesionalisasi Asuhan Madani) - 200 orang peserta terpilih sahaja.
    • HALUAN (Hala Tuju Asuhan Madani) - Terbuka kepada semua peserta KARISMA dan SEMAI.
Apakah perbezaan antara Kursus Rintis Asuhan Madani (KARISMA) dan Seminar Asuhan Madani (SEMAI)?

KARISMA merupakan kursus asas yang dijalankan selama 2 hari 1 malam dengan enam modul pembelajaran manakala SEMAI ialah seminar asas selama 1 hari yang merangkumi empat modul pembelajaran.

Apakah modul pembelajaran yang akan dipelajari menerusi kursus peringkat asas?

Modul yang akan dipelajari menerusi KARISMA dan SEMAI:

  • Modul 1: Pengenalan Penjagaan, Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Modul 2: Isu dan Cabaran Pengasuhan di Malaysia
  • Modul 3: Komunikasi Berkesan Bersama Ibu Bapa
    (Modul 2 dan 3 digabungkan bagi peserta SEMAI)
  • Modul 4: Belajar Melalui Bermain *Khusus buat peserta KARISMA sahaja
  • Modul 5: Amalan 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan)
  • Modul 6: Pengurusan Kewangan Keluarga Bagi Pengasuh Di Rumah
Apakah itu BITARA?

Bimbingan Keterampilan Profesionalisasi Asuhan Madani (BITARA) ialah program lanjutan di bawah inisiatif profesionalisasi Kasih Madani yang menyasarkan hanya 199 peserta terpilih sahaja yang merangkumi kursus lanjutan, program pembangunan kompetensi serta bimbingan mentor secara khusus.

Bagaimanakah peserta BITARA dipilih?

Pemilihan dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak Kasih Madani yang merangkumi status pengasuhan terkini, penyertaan aktif dalam program terdahulu serta hasil penilaian lawatan ke rumah pengasuh.

Apakah itu HALUAN?

Hala Tuju Asuhan Madani (HALUAN) ialah program lanjutan di bawah inisiatif profesionalisasi Kasih Madani yang menyasarkan semua peserta KARISMA dan SEMAI menerusi program webinar yang memfokuskan topik pengasuhan yang khusus.

Apakah manfaat menyertai Kasih Madani?

Antara manfaat yang diperoleh ialah:

  • Menambah ilmu dan kemahiran pengasuhan
  • Meningkatkan keyakinan sebagai pengasuh
  • Mendapat bimbingan daripada pakar bidang
  • Mengikuti latihan lanjutan dan webinar
  • Membina rangkaian bersama komuniti pengasuh
Adakah peserta akan menerima sijil?

Ya. Peserta yang memenuhi syarat kehadiran dan penyertaan akan menerima sijil mengikut program yang disertai.

Bagaimanakah saya mengetahui tarikh program yang akan datang?

Semua maklumat berkaitan program, jadual latihan dan pengumuman akan dikemaskini melalui laman web serta media sosial rasmi Kasih Madani.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi Sekretariat Kasih Madani?

Anda boleh menghubungi Sekretariat Kasih Madani melalui borang pertanyaan di laman web atau media sosial rasmi yang disediakan.

Bersama Kita Membina Penjagaan Yang Lebih Baik

Sertai Kasih Madani sebagai peserta, pengasuh, ibu bapa, rakan komuniti atau penyokong kepada ekosistem penjagaan kanak-kanak yang lebih selamat di Malaysia.

error: