Kadangkala kita tak sedar tentang hal-hal kecil yang dibuat diperhatian anak yang dalam proses perkembangan mereka. 

Ini lima perkara yang ibu bapa jangan lupa buat nanti sewaktu meninggalkan anak dengan pengasuh

1. Perhatikan cara berkomunikasi dengan pengasuh

Jangan marah-marah atau campak-campak benda kepada pengasuh kerana tergesa-gesa atau sebab lain. Sediakan masa yang cukup untuk pastikan semuanya lengkap dan tersedia untuk penjagaan anak sebelum keluar.

Anak-anak akan rasa lebih selamat apabila mereka melihat ibu bapa dan pengasuh mereka mesra dan selesa antara satu sama lain. Sekadar senyum, bertanya khabar, atau berbual ringkas dengan pengasuh di hadapan anak sudah cukup untuk hantar isyarat yang kuat: orang ini dipercayai, tempat ini selamat. Ini bukan sahaja membina keyakinan anak, malah mengeratkan hubungan antara ibu bapa, pengasuh, dan anak dalam masa yang sama.

2. Beritahu dengan jelas bila waktu pulang

Bukan “Mama balik nanti.” Tapi “Mama balik lepas adik tidur petang.” Kepastian itu penting kerana anak-anak sedang membina konsep turutan cause and effect.

Beri anak-anak kepastian dan cuba jangan memungkiri kata-kata sendiri. Kerana anak yang sensitif boleh tangkap perkara ini dan mengurangkan kepercayaan mereka bukan sahaja terhadap ibu bapa tetapi kata-kata mereka dewasa yang lain.

3. Jangan sorok-sorok keluar

Ini hal biasa. Terutama yang mempunyai pengasuh peribadi. Ramai ibu bapa akan memilih cara sorok-sorok keluar rumah kerana tidak mahu anak menangis atau tercari-cari mereka. Tetapi hal ini sebenarnya membina kerungsingan. 

Lebih baik luangkan beberapa minit bersama pengasuh dan anak sebelum keluar. Biarkan anak nampak peralihan itu berlaku secara semula jadi. Tangisan yang sebentar lebih sihat daripada kebingungan yang berpanjangan.

4. Konsisten dalam rutin harian

Anak-anak akan lebih selesa di dalam rutin harian kerana ia membina sebuah persekitaran yang konsisten dan selamat. Apabila anak-anak tahu apa yang akan berlaku seterusnya, mereka akan menjadi lebih yakin dalam membuat aktiviti harian. 

Tidak kira sama ada di rumah atau pusat pengasuhan, pastikan rutin harian anak konsisten dan dipenuhi aktiviti yang sesuai dengan usia mereka. Waktu makan, waktu tidur, waktu bermain. Perkara-perkara kecil yang berulang inilah yang membina rasa selamat dalam diri anak dari dalam.


Jadi bagaimana? Adakah empat perkara di atas sudahpun dibuat oleh anda semua? Kongsikan blog ini kepada kenalan-kenalan yang juga mempunyai anak.

Menjadi Pengasuh Profesional: Apa Yang Berlaku di Program BITARA Kasih MADANI

Tidak ramai yang tahu bahawa ada program khusus percuma di Malaysia yang direka untuk membimbing pengasuh baru ke tahap profesional. Program BITARA dan BITARA+ di bawah Kasih MADANI adalah dua daripadanya.

Untuk pengetahuan semua, BITARA bukanlah titik permulaan. Ia titik pencapaian. 

Peserta yang tiba di sini telah pun melalui program latihan asas Kasih MADANI, di mana lebih 1,000 pengasuh yang bermula, hanya 200 dipilih untuk melangkah masuk ke BITARA. Ini untuk memastikan mereka yang benar-benar komited untuk terus dibimbing ke peringkat seterusnya.

Apa yang berlaku di dalam program?

Di peringkat BITARA, peserta didedahkan kepada modul lanjutan mengenai pembangunan profesional, pengurusan tingkah laku kanak-kanak, komunikasi dengan ibu bapa, keselamatan dan perlindungan kanak-kanak. Sesi dijalankan secara berhadapan dan dalam talian, bersama mentor-mentor berwibawa yang membolehkan peserta bukan sahaja belajar, tetapi mengaplikasikan terus dalam konteks kerja harian mereka.

BITARA+ pula membawa peserta ke lapisan yang lebih tinggi, dengan fokus kepada kepimpinan dalam komuniti pengasuhan, bimbingan rakan sebaya, dan pengiktirafan kemahiran lanjutan, menjadikan mereka bukan sahaja pengasuh yang lebih baik, tetapi rujukan kepada pengasuh lain di sekeliling mereka.

Pembinaan ekosistem pengasuhan yang utuh

Peserta yang menamatkan BITARA melaporkan peningkatan dalam keyakinan diri, kejelasan dalam cara mereka bekerja, dan rasa kekitaan dalam komuniti pengasuh yang lebih luas.

Paling penting, ibu bapa merasai perbezaannya.

Program ini membuktikan satu perkara yang selalu kita tahu tapi jarang sebut dengan kuat: apabila pengasuh diberi peluang untuk berkembang, kanak-kanak yang dijaga mereka turut berkembang bersama.

Bagaimana untuk sertai?

Kasih MADANI akan membuat bengkel terbuka untuk pemula dan peserta lanjutan dalam masa terdekat. Ikuti media sosial kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Apa yang pasti adalah anda tidak akan kecewa sertai program penuh faedah yang percuma ini!

error: