Himpunan Pengasuh
Meraikan dedikasi anda. Sebuah platform penyatuan terbesar untuk menyuntik inspirasi, menghargai sumbangan, dan meraikan kecemerlangan pengasuh di bawah satu bumbung yang penuh bermakna.
Himpunan Pengasuh
Gala Pesona Kasih Madani
Gala Pesona Kasih Madani merupakan program kemuncak yang menghimpunkan alumni KARISMA dan SEMAI dalam sebuah acara berprestij sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan pencapaian mereka sepanjang menyertai inisiatif Kasih Madani.
Program sehari ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dalam komuniti pengasuh, malah turut menampilkan Majlis Anugerah Kasih Madani bagi mengiktiraf peserta dan individu yang cemerlang.
Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat dan pemimpin berprofil tinggi, di samping penyertaan pelbagai agensi kerajaan, institusi dan rakan strategik yang membuka reruai pameran serta menawarkan maklumat dan perkhidmatan berkaitan pembangunan keluarga, kanak-kanak dan pengasuhan.
Selain itu, program ini turut mengadakan forum dan sesi townhall yang membincangkan isu-isu semasa, cabaran serta hala tuju bidang pengasuhan, sekali gus menjadi ruang dialog dan perkongsian antara peserta dan pakat di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
Galeri Gala Pesona
Detik-detik bermakna sepanjang acara kemuncak Himpunan Pengasuh, forum dialog, dan penganugerahan Majlis Kasih MADANI.