Kursus Profesionalisasi - Kasih MADANI
Jadikan Kerjaya Profesional

Kursus Profesionalisasi

Ubah minat menjadi kerjaya profesional. Tingkatkan potensi diri dan martabatkan peranan anda dalam industri pendidikan awal kanak-kanak melalui bimbingan lanjutan serta standard profesional yang diiktiraf.

Program 3: Kursus Profesionalisasi
Program 3

Kursus Profesionalisasi

Inisiatif Profesionalisasi Kasih Madani (INSPIRASI)

INSPIRASI ialah platform pembelajaran berterusan di bawah inisiatif KASIH MADANI yang menyediakan peluang kepada alumni untuk terus menambah ilmu, meningkatkan kemahiran dan membangunkan kerjaya melalui pelbagai program pembangunan profesional.

Di bawah platform ini, peserta dapat mengikuti program seperti HALUAN, iaitu siri webinar yang membincangkan isu-isu semasa berkaitan pengasuhan dan keibubapaan bersama pakar bidang, serta Bimbingan Keterampilan Profesional Asuhan MADANI (BITARA), iaitu program profesionalisasi yang ditawarkan kepada 200 peserta terpilih daripada alumni KARISMA bagi mengikuti latihan lanjutan, pembangunan kapasiti dan bimbingan mentor-mentee ke arah melahirkan pengasuh yang profesional

Kriteria Pemilihan

Pemilihan peserta dibuat berdasarkan beberapa kriteria, termasuk status pengasuhan semasa, penglibatan aktif dalam program terdahulu serta hasil penilaian melalui lawatan dan verifikasi ke rumah.

Program BITARA
Galeri Program 3 - Kasih MADANI
Aktiviti & Kenangan

Lensa INSPIRASI

Perjalanan peserta menimba ilmu lanjutan, siri webinar HALUAN, serta bimbingan berterusan di bawah program mentor-mentee BITARA.

Aktiviti
Latihan Lanjutan BITARA
Aktiviti
Sesi Bimbingan Mentor-Mentee
Aktiviti
Siri Webinar HALUAN
Aktiviti
Pembentangan Modul Profesional
Aktiviti
Penilaian Kompetensi Peserta
Aktiviti
Sesi Maklum Balas Pakar
error: